Enduvate

Host Live TikTok Malaysia: Studio dan Host untuk Jenama Anda

Cari host live TikTok di Malaysia tanpa perlu upah dan latih team sendiri? Enduvate Media uruskan sesi live TikTok atau Shopee untuk jenama di seluruh Malaysia — termasuk KL, Selangor, Penang, Johor dan kawasan lain. Live dijalankan di akaun jenama anda sendiri, dan perancangan boleh dibuat secara remote.

Anda tidak perlu datang ke studio. WhatsApp kami di +60 11-6402 8724 untuk bincang slot dan pakej.

Kenapa Jenama di Malaysia Perlukan Host Live TikTok?

Ramai seller sudah tahu live selling boleh bantu jualan. Tapi masalah yang sama selalu timbul: tiada orang yang yakin di depan kamera, host yang ada tak sempat setiap minggu, atau live dibuat dengan lampu dan internet yang tak stabil.

Host live TikTok yang berpengalaman membantu anda:

  • Menunjukkan produk dengan jelas dan menjawab soalan penonton secara langsung.
  • Menjaga tenaga live selama berjam-jam supaya sesi tak basah atau sunyi.
  • Bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, mengikut penonton anda.
  • Fokus pada jualan, sementara setup live kami uruskan.

Jika anda masih membandingkan host freelance, staf dalaman atau agensi, baca panduan kami (dalam Bahasa Inggeris) tentang cara hire TikTok live host di Malaysia.

Apa yang Anda Dapat

  • Host live berpengalaman untuk satu platform: TikTok atau Shopee.
  • Live di akaun jenama anda sendiri.
  • Studio live profesional jika sesi dijalankan dari studio kami, dengan setup siap.
  • Klip highlight daripada sesi live (untuk pakej live, bukan sewa studio sahaja).
  • Perancangan secara remote — sesuai untuk jenama di mana-mana di Malaysia.

Harga Host Live dan Studio

Anda boleh pilih studio sahaja, atau pakej lengkap yang merangkumi host.

  • Studio sahaja: dari RM150 sejam, termasuk setup live. Anda bawa host sendiri.
  • Starter: RM2,000 untuk 10 jam (minimum 2 jam setiap sesi). Sesuai untuk mencuba dahulu.
  • Growth: RM3,200 sebulan untuk 16 jam, tempoh 3 bulan.
  • Scale: RM7,200 sebulan untuk 40 jam (jimat 10% daripada RM8,000), tempoh 3 bulan.
  • Add-on host + studio selepas kempen KOL: RM200 sejam (harga biasa RM350 sejam).
  • Sesi luar waktu biasa: tambahan RM50 sejam.

Setiap pakej live merangkumi satu platform sahaja, TikTok atau Shopee. Butiran penuh ada di halaman Live Studio.

Kami Terima Jenama dari Seluruh Malaysia

Kempen dan sesi live boleh dirancang secara online. Jenama di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor dan negeri lain boleh bekerjasama dengan kami tanpa perlu datang sendiri. Studio kami berpangkalan di Perai, Pulau Pinang, untuk jenama yang mahu walk-in atau hantar produk. Alamat penuh dan peta ada di halaman Live Studio dan Contact.

Cara Tempah Host Live TikTok

  1. WhatsApp kami, beritahu produk anda, platform (TikTok atau Shopee) dan tarikh yang anda mahu.
  2. Kami cadangkan sama ada studio sahaja atau pakej dengan host, mengikut keperluan anda.
  3. Anda hantar produk dan brief. Host akan bersedia sebelum sesi.
  4. Live dijalankan di akaun jenama anda. Selepas sesi, anda terima klip highlight (jika termasuk dalam pakej).

Soalan Lazim

Adakah saya perlu berada di Penang untuk guna host live Enduvate?

Tidak. Kami bekerja dengan jenama di seluruh Malaysia. Live dijalankan di akaun anda dan boleh dirancang secara remote.

Boleh hire host live TikTok sahaja tanpa sewa studio?

Pakej live kami merangkumi studio dan host bersama. Jika anda sudah ada host, anda boleh sewa studio sahaja dari RM150 sejam.

Live akan dibuat di akaun siapa?

Di akaun jenama anda sendiri.

Boleh live dalam Bahasa Malaysia?

Boleh. Host kami boleh jalankan sesi dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, atau campuran kedua-duanya.

Berapa lama minimum setiap sesi?

Untuk pakej live, setiap sesi minimum 2 jam.

Adakah Enduvate buat kempen KOL juga?

Ya, untuk jenama di seluruh Malaysia. Baca panduan harga KOL TikTok atau WhatsApp kami untuk bincang keperluan anda.

Jom Live dengan Enduvate

Beritahu kami apa yang anda jual dan bila anda mahu mula, di mana pun jenama anda berpangkalan di Malaysia. Kami akan bantu anda pilih pakej host yang sesuai.

WhatsApp kami di +60 11-6402 8724

WhatsApp us
+60 11-6402 8724